Friday 2 August 2013

Cara Renew Road Tax dan Insurans Kenderaan

Aku baru lepas renew atau memperbaharui cukai jalan dan insurans untuk dua buah kereta dan sebuah motor. Tapi bukan semuanya harta kepunyaan aku. Malah bukanlah jugak aku ni agen insurans kenderaan. Kebetulan road tax kereta aku dan pak cik aku mati bulan ni. Minggu depan kan nak beraya Eidulfitri. Maka menggelabah beruk lah semua.

Korang mesti nak cakap " Apalah. Renew road tax pun nak bagitahu ke?". Lantak korang. Aku tahu ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara memperbaharui road tax atau cukai jalan. Contohnya pemilik kereta baru yang kali pertama memiliki kereta atau pemilik kenderaan yang selama ni serahkan semua tugas A sampai Z kepada agensi insurans kenderaan. Kemudian terpaksa bayar upah mahal ataupun lebih malang lagi kena kelepet (tipu).

Jadi aku nak bagitahu asasnya sebab aku pun bukan mahir sangat pasal cukai dan insurans ni.

Step 1:

Pastikan dokumen lengkap. Paling penting ialah geran. Kalau tak ada atau dipegang oleh bank / kedai, korang ada hak untuk minta. Dengan tujuan memperbaharui cukai jalan.

Step 2:

Pergi ke Agensi Insurans Kenderaan. Sekarang ni memang dah bersepah Agensi Insurans ni. Tinggal nak pilih je. Kalau boleh pergi ke agensi yang korang dah biasa atau dah tahu reputasinya. Pilih juga agensi yang bagi service yang bagus. Ini untuk mengelakkan korang ditipu dan mengelakkan korang berhadapan dengan urusan yang bermasalah.

Step 3:

Beri dokumen kepada pegawai bertugas. Insure (perkataan ni aku hentam) kan kenderaan anda mengikut market value atau mengikut harga yang korang mahu. Korang ada hak untuk menetapkan harga yang ingin di insure kan tetapi kalau boleh biarlah harga yang masuk akal. Biasanya market value boleh di semak di agensi tu. Katakanlah agensi tu letakkan harga yang tinggi-tinggi dan enggan mengikut harga market value atau harga yang korang mahu, jangan panik. Jangan takut duit licin. Korang ada hak pergi ke agensi lain.

Step 4: 

Setelah harga dipersetujui. Agen insurans itu akan buat kira-kira dan menyebutkan harga. Korang WAJIB meminta untuk melihat kira-kira atau calculation tersebut. Tanya apa-apa soalan yang anda ingin tahu tentang harga yang diberikan. Jika harga tidak masuk akal atau ada charge yang meragukan. Cepat-cepat cabut. Survey tempat lain pula. Jika korang setuju dengan harga yang disebutkan. Sila proceed ke step 5 tanpa berlenggang kangkung lagi..

Step 5:

Buat bayaran dan dapatkan penyata insuran korang. Ringankan mulut untuk meminta diskaun. Kadang kala memang ada diskaun diberikan. Tapi kalau korang tak tahu atau tak minta mungkin agen akan diam sahaja. Siapa tak nak untung lebih kan?

Step 6:

Bawa semua dokumen tadi terutamanya GERAN kenderaan korang ke pejabat JPJ atau pejabat pos. Tadi korang baru setel kan insurans. Road tax belum ada lagi. Road tax tidak boleh diperbaharui tanpa insurans yang aktif. Korang bagi geran dan penyata insuran pada pegawai JPJ atau Pos yang bertugas. Cakap nak buat road tax. Lepas tu buat bayaran. Rate bayaran ikut kapasiti enjin kenderaan. Contoh: 1600cc bayarannya RM 90. Tak sampai 5 minit dah siap! Jangan pula korang bagi pada pegawai JPJ yang buat road block atau abang posmen. Itu namanya cari pasal.

Bila road tax dah siap korang kini bebas meluncur dengan kenderaan masing-masing. Yang nak balik raya boleh balik raya. 

Tapi sekarang ni sistem JPJ tengah masalah. Tak boleh buat road tax di pejabat pos. Semua sistem di pejabat pos offline. Akulah mangsanya. Pejabat JPJ je yang boleh keluarkan road tax buat masa ni. Berapa ribu orang pulak nak berpusu-pusu kat situ. Berasap je rasa. Kalau yang malas atau tak ada masa sangat boleh je upah Agensi Insurans untuk uruskan semua. Tapi kosnya akan meningkat dan berisiko terdedah pada penipuan.

Apa pun aku nasihatkan memandulah dengan berhemah dan rasional. Bukan emosional. Lagi-lagi musim perayaan ni.


Road tax RM 24K.
Teka siapa punya?

"Pandu dengan selamat. Raya dengan selamat.
Selamat!" - Kutu Lepak

16 comments:

  1. Perkongsian yg bagus! :) Sekarang sudah ada cara renew roadtax yg lebih mudah dgn MyEG.

    ReplyDelete
  2. Sekarang selain myeg, Takaful Ikhlas ada sistem memudahkan orang ramai.
    Kunjungi renewtakaful.blogspot.com untuk Urusan perbarui insuran kereta

    ReplyDelete
  3. Good Sharing :). Kini ada one stop centre untuk renew roadtax kenderaan. Lagi mudah. www.RenewRoadtaxMalaysia.com. Ada Free Gift lagi.

    ReplyDelete
  4. buat pakai agen mahal. agen makap harge lebih.

    ReplyDelete
  5. buat pakai agen mahal. agen makap harge lebih.

    ReplyDelete
  6. Kini dengan sistem EAgent, anda boleh buat sendiri renew insurans kereta, tak perlu agent atau pergi ke pejabat pos, boleh dibuat dimana2 sahaja. Layari.
    renewtakaful.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Sesiapa yg hendak renew boleh lah hubungi saya dimana saya menbuat secara oenghantar ke pintu ke pintu.

    ReplyDelete
  8. Klau xslap WUS17 yg roadtax 24k tu bugatti veyron tu

    ReplyDelete
  9. Klau xslap WUS17 yg roadtax 24k tu bugatti veyron tu

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. great sharing maklumat berguna


    <a href="http://www.insuranskereta.my>http://www.insuranskereta.my</a>

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang tanya.. walau saye dah baca sampai habis. Tapi saye maseh blom faham..sebab ni kali pertama saye renew roadtax sorang.. kalau terus pergi JPJ bawa geran motor pergi kaunter tanya nak renew roadtax terus boleh ke..

      Delete